Banjir Kedah: 4,543 mangsa di tiga daerah

Banjir Kedah: 4,543 mangsa di tiga daerah

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengeluarkan penduduk yang terperangkap banjir di rumah mereka di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 4,543 mangsa daripada 1,454 keluarga di tiga daerah terjejas akibat banjir dengan 22 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, 2,499 daripada mereka merupakan mangsa di Kubang  Pasu yang terdiri daripada 843 keluarga.

Manakala, Kota Setar merekodkan 1,928 mangsa daripada 576 keluarga yang berada di enam PPS, diikuti Pokok Sena seramai 116 orang daripada 35 keluarga.

Secara keseluruhan, hampir 100 buah kampung dan taman perumahan terjejas banjir di ketiga-tiga daerah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN