Banjir Kedah: 4,306 mangsa di tiga daerah

Banjir Kedah: 4,306 mangsa di tiga daerah

PENDUDUK Kampung Seberang Anak Bukit menggunakan bot untuk berpindah dari rumah mereka yang dinaiki air di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 4,306 mangsa daripada 1,453 keluarga di tiga daerah terjejas akibat banjir dengan 23 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan sehingga pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, 2,395 daripada mereka merupakan mangsa di Kubang  Pasu.

Manakala, Kota Setar merekodkan 1,726 mangsa yang berada di PPS, diikuti Pokok Sena seramai 185 orang.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tunjang di Kubang Pasu menjadi PPS terbaru diaktifkan lewat malam tadi dan kini masih dalam proses bancian mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN