SEREMBAN: Ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi, beberapa kawasan di negeri ini mula dinaiki air dan terjejas banjir. Susulan itu, dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Port Dickson. Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 9.15 pagi tadi, dua PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Jimah Lama, Lukut dan Balairaya Kampung Permatang Pasir, di Linggi. Kedua-dua PPS tersebut kini menempatkan 82 orang mangsa…










