Banjir: 242 mangsa kini ditempatkan di 4 PPS di Pulau Pinang

Banjir: 242 mangsa kini ditempatkan di 4 PPS di Pulau Pinang

PASUKAN bomba membantu membawa keluar mangsa-mangsa banjir ke lokasi selamat di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di Pulau Pinang.-GAMBAR/JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seramai 242 mangsa daripada 57 keluarga kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Pulau Pinang setakat pukul 7.46 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, 192 daripada mereka telah ditempatkan di tiga PPS dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) iaitu di Desa Puri, Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya dan SK Lahar Yooi.

Menurut laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu lagi PPS iaitu di SK Permatang Pasir yang dibuka di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula menempatkan seramai 50 orang mangsa.

“Secara keseluruhannya, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS terdiri daripada 152 orang dewasa, 56 kanak-kanak lelaki, 32 kanak-kanak perempuan serta dua orang bayi,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, hujan dilaporkan masih turun di sebahagian kawasan di Pulau Pinang pada pagi ini manakala di beberapa kawasan lain, cuaca agak mendung dan berkabus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN