KOTA BHARU: Sebuah pejabat dan pondok pengawal di bangunan milik Pas di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Jalan Maktab, dekat sini terbakar awal pagi ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.31 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran.
“Setiba di lokasi kami dapati ia melibatkan sebuah pondok pengawal dan pejabat pengurusan yang sudah terbakar sebanyak 80 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN










