Band rock Korea Selatan kekal penguasaan - Utusan Malaysia

Band rock Korea Selatan kekal penguasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI muzik Korea Selatan tidak hanya sarat dengan kehadiran kumpulan K-Pop, tetapi dimeriahkan juga dengan kemunculan kumpulan-kumpulan indie dan rock berpengaruh. 

Malah antara kumpulan-kumpulan ini, ada yang bertapak lebih lama berbanding kumpulan K-Pop sedia ada masa kini. 

Berikut empat band indie dan rock asal Korea Selatan yang pernah dan masih menggegarkan dunia hiburan Korea Selatan.

SURL

Kumpulan ini memenangi pelbagai anugerah sebaik sahaja mereka ditubuhkan pada tahun 2018. 

Antaranya anugerah utama pada penganjuran Shinhan Card Rookie Project 2018 selain anugerah kecemerlangan sempena pertandingan Hello Rookie pada tahun yang sama.

SURL dianggotai empat rakan persekolahan iaitu Seol Hoseung selaku vokalis dan gitaris, Kim Doyeon (gitaris), Lee Hanbin (bass) dan Oh Myeongsuk (pemain dram).

Bernaung di bawah MPMG MUSIC, mengetengahkan muzik yang menggabungkan pelbagai melodi antaranya rock dan balada.

NELL

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1999 ini mencipta nama di Korea Selatan menerusi tiga lagu hits iaitu Stay, Good Night dan Time Walking On Memory.

Nell dianggotai Kim Jong-wan selaku vokalis, pemain keyboard dan gitar, Lee Jung-hoon (bass) dan Lee Jae-kyung (gitar utama).

Band ini menerima pengiktirafan arus perdana dan mencipta sejarah tersendiri apabila tiket konsert jelajah mereka pada 2007 habis terjual dalam masa dua minit.

JAURIM

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 ini dianggotai Kim Yuna selaku penulis lirik, vokalis, gitar dan pemain keyboard, Kim Jin-man (bass dan gitar) dan Lee Sun-Kyu (vokal dan gitar).

Di awal kemunculan mereka 28 tahun, Jaurim menerima kritikan kerana pembawakan muzik yang dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri. 

Namun, selepas beberapa tahun, band ini mengukuhkan kedudukan selepas muzik yang mereka ketengahkan mula diterima pendengar.

Sepanjang lebih dua dekad pembabitan dalam arena muzik rock Korea Selatan, Jaurim melahirkan 10 album penuh, dua lagu latar drama, satu EP dan sebuah album konsert.

NERD CONNECTION

Kumpulan ini menempa nama selepas mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Emergenza 2018 di Jerman.

Nerd Connection dianggotai tiga graduan kejuruteraan univerisiti Yonsei iaitu Seo Young-joo, Choi Seung-Won, Park Jae-hyun serta bekas pelatih taekwondo, Shin Yeon-tae.

Band ini menjadikan band barat seperti Radiohead, Coldplay dan Red Hot Chilli Peppers sebagai rujukan muzikal mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN