Siapa sangka, seorang pelakon wanita popular yang sering menjadi tumpuan lensa kamera serta pujaan ramai peminat ini rupanya menyimpan ‘rahsia gelap’ yang tidak ramai orang tahu.
Di sebalik pesona glamornya itu, tersebar pula cerita yang kurang enak didengar hingga membuatkan Cik Bunga pun rasa terkejut.
Sumber daripada kru penggambaran mendedahkan bahawa pelakon berkenaan sekali lagi dikaitkan dengan penggunaan bahan terlarang.
Perkara tersebut bukan khabar baharu, sebaliknya pernah tercetus sebelum ini apabila dirinya dikatakan pernah ‘kantoi’ mengambil barangan terlarang.
Namun, insiden itu dikhabarkan ditutup rapat oleh orang sekelilingnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Khabar angin turut menyebut bahawa sikap pelakon tersebut sering berubah-ubah, sehingga menyukarkan pihak produksi.
Ada masanya, dia hadir dengan semangat tinggi dan profesional, namun pada masa lain, dia dikatakan sukar dikawal serta bertindak seperti diva apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Persoalannya sekarang, sampai bila sisi gelap ini mampu disembunyikan? Semoga pelakon berbakat ini mampu memperbetulkan langkah sebelum rahsia yang cuba dikunci rapi menjadi punca kejatuhan dirinya sendiri.










