MELAKA: Pelaksanaan Aplikasi Mobile eCOSS di negeri ini diyakini mampu mengurangkan ketirisan serta penyelewengan minyak masak bersubsidi sehingga 70 peratus, hasil kawalan rekod jualan secara digital melibatkan pengguna dan peruncit. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, mekanisme baharu itu telah menunjukkan impak ketara apabila jumlah transaksi mencurigakan dan pembelian berulang dapat dikesan dengan lebih mudah melalui sistem bersepadu eCOSS. Menurutnya, kawalan…










