PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi Taufan Kalmaegi di Filipina. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan meluas yang berlaku sebagai sesuatu yang amat tragik dan menyayat hati. “Saya amat berdukacita dengan kehilangan nyawa yang tragik serta kemusnahan meluas yang disebabkan oleh Taufan Kalmaegi di Filipina. Laporan mengenai banjir kilat yang teruk, tanah runtuh…










