PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi ke Ethiopia dibawa melawat Muzium Peringatan Kemenangan Adwa hari ini. Ketibaan beliau ke muzium itu disambut Menteri Hal Ehwal Luar Ethiopia, Dr. Gedion Timothewos dan Datuk Bandar Addis Ababa, Adanech Abiebie. Anwar turut memeriksa kawalan kehormatan di Dataran Adwa sebelum diiringi Gedion dan Adanech dalam lawatan ke muzium berkenaan. Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan…










