PETALING JAYA: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ethiopia bermula apabila beliau disambut rakan sejawatnya, Dr. Abiy Ahmed Ali yang memandu sendiri kenderaan rasmi sebaik beliau tiba di negara berkenaan. Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau kemudian di bawa ke Muzium Sains Ethiopia yang mempamerkan sejarah pembangunan sektor teknologi dan AI yang dipacu kerajaan pimpinan beliau. “Alhamdulillah, saya dan delegasi teruja dengan mercu pembangunan yang dicapai…










