Anugerah Perniagaan Madani 2025 iktiraf usahawan berimpak sosial

Anugerah Perniagaan Madani 2025 iktiraf usahawan berimpak sosial

MOHD. Ali Mohd. Rustam (tengah) semasa merasmikan Anugerah Perniagaan Madani 2025 di ibu negara, kelmarin.- UTUSAN/AFIQAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anugerah Perniagaan Madani anjuran bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Generasi Malaysia buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf golongan usahawan yang telah mencapai kejayaan komersial.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Mohd. Yahya Mat Sahri berkata, anugerah itu menilai kecemerlangan organisasi daripada aspek strategi perniagaan, pertumbuhan dan amalan terbaik.

“Penilaian dilakukan oleh lembaga penasihat serta panel pakar industri melalui indikator kewangan, operasi dan kelestarian jangka panjang untuk memastikan proses yang telus dan menyeluruh.

“Perniagaan yang menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan, pengalaman pelanggan dan daya saing turut diberi perhatian.

“Inisiatif ini menunjukkan bagaimana amalan perniagaan yang bertanggungjawab boleh bergerak seiring dengan kejayaan komersial,” katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perniagaan Madani 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di sini kelmarin.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam

Antara kategori utama anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Kecemerlangan Utama, Anugerah Kecemerlangan Industri, Anugerah Tokoh Korporat & Usahawan serta Anugerah Kehormat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN