Amran MetMalaysia: Lekukan tropika bakal bawa ribut ke Pantai Timur

Amran MetMalaysia: Lekukan tropika bakal bawa ribut ke Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan Lekukan Tropika (b) pada latitud 4.0 darjah utara dan longitud 104.0 darjah timur, hari ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook, MetMalaysia berkata, ia dijangka bergerak ke arah Timur Laut dengan kelajuan lima kilometer perjam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” katanya.

Semalam, hujan lebat berterusan disertai angin kencang dan laut bergelora melanda beberapa negeri akibat pergerakan Ribut Tropika Senyar.

Untuk rekod, Malaysia pernah dilanda Ribut Tropika Vamei di selatan Semenanjung pada 26 Disember 2001 dan Ribut Tropika Greg yang menimpa Sabah pada 26 Disember 1996.

Senyar ialah ribut tropika ketiga melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN