Albert Tei dibawa semula ke rumahnya selepas ditahan

Albert Tei dibawa semula ke rumahnya selepas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa ditahan pasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dibawa pulang semula ke rumahnya di Puchong, Selangor.

Difahamkan, Albert dibawa masuk ke dalam kediamannya dalam keadaan bergari.

Peguam Albert, Zaid Malek turut mengesahkan perkata itu dan memaklumkan dia mendapat berita Albert dibawa masuk semula ke rumahnya, ketika sedang dalam perjalanan untuk bertemu ahli perniagaan itu.

“Saya belum menerima maklumat lanjut kerana tidak mengetahui status sebenar Albert pulang atau rumahnya digeledah semula,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun usaha Utusan Malaysia bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini daripada SPRM termasuk Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki belum diperoleh.

Azam dipercayai akan mengeluarkan satu kenyataan selepas solat Jumaat ini berhubung penahanan Albert dan serbuan di rumahnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN