Air naik terlalu cepat, penghidap strok tak sempat ambil ubat

Air naik terlalu cepat, penghidap strok tak sempat ambil ubat

ABDUL Aziz Malik ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Desa Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: “Air naik terlalu cepat, ubat pun tak sempat nak ambil,” itu luahhan Abdul Aziz Malik, 63, pesakit strok yang kini menetap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Desa Aman sejak semalam akibat banjir di daerah ini.

Abdul Aziz yang tinggal di Taman Saujana Aman bersama isteri dan anaknya berkata, pergerakannya terbatas akibat lumpuh separuh badan menyukarkan proses pemindahan.

“Air mula memasuki rumah hingga paras lutut sebelum kami sempat menyelamatkan diri. Semua perlu membantu memindahkan kami ke kende­raan yang disediakan,” kata­nya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa surau taman ber­kenaan, Mohd. Hussaini Hussin, 40, berkata, aktiviti pembersihan rumah dimula sejak tengah hari tadi dan mungkin perlu mengambil cuti empat hingga lima hari bagi membersihkan lumpur yang berbau kuat.

“Kali ini lumpur tidak banyak, tetapi baunya agak busuk. Mungkin seminggu baru hilang sepenuhnya,” katanya.

Menurut Mohd. Hussaini, ketinggian ban dan tebing su­ngai yang rendah antara punca kawasan mereka mudah dinaiki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN