KUBANG PASU: Mangsa banjir di Kampung Paya Tok Kiong, Jitra di sini terpaksa berteduh di beranda rumah selama lima jam setelah rumah mereka dinaiki air dengan pantas dalam kejadian awal pagi hari ini. Menceritakan detik-detik mencemaskan itu, Maznah Mohamad, 55, berkata, dia dan suami, Bakri Hassan, 61, sedang tidur apabila air mula mengenangi rumah mereka pada pukul 4 pagi. “Air naik cepat sebelum menenggelamkan rumah dan kami tak dapat menyelamatkan…










