AIFFA2025: Sweet Qismina, Wu Kang Ren bawa trofi untuk Malaysia - Utusan Malaysia

AIFFA2025: Sweet Qismina, Wu Kang Ren bawa trofi untuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang tiga kemenangan di malam kemuncak ASEAN International Film Festival pada Sabtu.

Setelah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-34, pelakon, Sweet Qismina, meneruskan kecemerlangan dengan membawa pulang trofi  Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA2025).

Sweet menerusi lakonanya dalam filem Babah menenggelamkan pesaingnya iaitu Hong Dao-chi Dau dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) danKatrina Halili (Filipina).

Sementara itu, Wu Kang Ren menyumbang satu lagi trofi buat Malaysia apabila diumumkan sebagai pemilik trofi Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA2025 menerusi lakonanya dalam filem bikinan produksi Malaysia, Abang Adik.

Wu menumpaskan pencabar terdekat Qi Razali (Malaysia), Jansen Magpusao (Filipina), Le Phong Vu (Vietnam) dan Jomari Angeles (Filipina).

Lebih manis, filem Malaysia menceritakan budaya di Sarawak, Tegkang untuk memperoleh piala Anugerah Khas Juri AIFFA2025.

AIFFA2025 yang mula diperkenalkan sejak 2013 dan mengangkat tema ‘Under The Star’ tahun ini berlangsung di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN