Adik Uqasha Senrose buka mulut isu Kamal Adli ‘terjumpa’ anak - Utusan Malaysia

Adik Uqasha Senrose buka mulut isu Kamal Adli ‘terjumpa’ anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Adik Uqasha Senrose, Farza Dida Qirana tampil mempersoalkan tindakan abang iparnya, Kamal Adli kerana mengeluarkan kenyataan kononnya dihalang dan hanya terjumpa anak secara kebetulan di kawasan awam.

Malah, Farza menerusi kenyataan di Instastory menegaskan perjumpaan dengan anak buahnya, Hawra Uqaira bukan satu kebetulan sebaliknya telah dirangcang awal.

“Tiada istilah terjumpa. Macam mana boleh terjumpa sedangkan abang memang sudah rancang dengan Dida.

“Kalau ikutkan tak nak bagi apa-apa komen, tapi nak betulkan sahaja fakta ini,” tulisnya.

kenyataan Dida itu turut dikongsikan kakaknya, Nelydia Senrose.

Kamal ketika ditemui media selepas prosiding perceraiannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi memaklumkan sudah lebih enam bulan tidak berjumpa anaknya.

Malah Kamal memaklumkan berdepan kesulitan berjumpa Hawra kerana perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis selain memaklumkan lebih awal tujuan tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN