Adam Radlan tinggalkan Malaysia sejak Mei 2023

Adam Radlan tinggalkan Malaysia sejak Mei 2023

ADAM RADLAN ADAM MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) dipercayai keluar dari negara ini pada Mei 2023.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Adam Radlan keluar dari negara ini melalui kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Johor.

“Dia (Adam Radlan) telah meninggalkan negara ini ke­luar dari lokasi berkenaan pada 17 Mei pukul 3.39 petang,” kata sumber.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu memandangkan kes berkenaan melibatkan siasatan dilakukan SPRM.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk membatalkan pasport Adam Radlan.

Azam berkata, pihaknya sudah mengadakan perbinca­ngan dengan Jabatan Imigre­sen namun enggan mendedah­kan butiran perbincangan itu.

Adam Radlan dipercayai menghilangkan diri sejurus dijatuhkan hukuman penalti RM4.1 juta oleh mahkamah.

Pada 15 November lalu, Adam Radlan, 44, sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan projek Pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX 2) bermula dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA

Sebelum ini beliau turut disiasat berkait projek Jana Wibawa namun mahkamah melepas dan membebaskannya daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram berkait projek berkenaan selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

Hakim Mahkamah Se­syen, Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh bahawa SPRM bersetuju menawarkan kompaun sebanyak RM4.1 juta kepada Adam Radlan berdasarkan representasi yang dikemukakan tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN