IPOH: Seramai 900 mangsa banjir ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi ini.
Jumlah tersebut meningkat berbanding 876 mangsa malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan berkata, Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi seramai 433 orang di empat PPS.
Menurutnya, Daerah Manjung pula mencatat 428 mangsa yang ditempatkan di 10 buah PPS.
“Dua lagi daerah turut dilanda banjir iaitu Larut Matang dan Selama melibatkan 36 mangsa di sebuah PPS manakala Daerah Batang Padang seramai tiga orang mangsa di sebuah PPS,” katanya. – UTUSAN










