KUALA LUMPUR: Kira-kira 79 kes rasuah yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,022 jumlah laporan rasuah diterima SPRM dalam tempoh sama. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, hal itu sekali gus menunjukkan isu integriti dalam pasukan masih memerlukan perhatian dan tindakan berterusan. Katanya, perkara…










