SHAH ALAM: Sebanyak 77,022 kilogram bahan kitar semula merangkumi lebih 300 taman perumahan di sekitar Selangor berjaya dikumpul sehingga 31 Oktober lalu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut direkodkan menerusi Program SELKitar Peringkat Negeri Selangor membabitkan 412,812 rumah dan premis di negeri itu. Katanya, kadar kitar semula negeri menunjukkan perkembangan positif apabila meningkat daripada 12 peratus kepada 16 peratus dan usaha berterusan akan dilakukan bagi melonjakkan…










