76 peratus bumiputra Islam, pecah undi GRS beri kelebihan pada PN- Ir Awang Saleh - Utusan Malaysia

76 peratus bumiputra Islam, pecah undi GRS beri kelebihan pada PN- Ir Awang Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PINTASAN: Komposisi demografi penduduk yang terdiri daripada 76 peratus bumiputera Islam menjadi faktor utama yang mampu memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Calon PN, Ir Awang Saleh Makmud berkata, kecenderungan pengundi majoriti itu semakin jelas berdasarkan respon sepanjang hampir tempoh dua minggu berkempen.

“Peratusan penduduk di Pintasan ni 76 peratus bumiputera Islam, 24 peratus bumiputera bukan Islam. Saya yakin peratusan itu boleh memberi gelombang kepada PN walaupun di sini bertembung 11 penjuru.

“Jadi tinggal dua hari berkempen, saya yakin dan optimis kemenangan berpihak kepada kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah katanya lagi, pecahan undi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut dikatakan bakal memberi kelebihan PN untuk menjadi pilihan pengundi DUN Pintasan.

Ia berikutan penyandang DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan kali ini mewakili Bebas bakal berpecah undi dengan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin kerana dalam parti yang sama sebelum ini.

Katanya, situasi itu membuka laluan lebih besar kepada PN untuk  menjadi pilihan utama pengundi.

“Sudah tentu keadaan ini akan memberi kelebihan kepada saya sebab penduduk di Pintasan ni melihat kepada pemimpin yang selalu mendekati rakyat, bukannya berpecah kerana politik” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pengalamannya sebagai penjawat awam selama 20 tahun, katanya beliau yakin mampu menguruskan pentadbiran di DUN tersebut dengan lebih baik.

“Kelebihan saya, saya mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, saya sebelum ni sebagai pegawai kanan Jabatan Kerjaya Raya (JKR). Saya bukan pendatang politik baharu kerana gerak kerja di kawasan sudah dimulakan dari dulu lagi. Malah saya juga mempunyai pengalaman dalam politik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO sejak 2008 sehingga 2013,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN