634 penduduk terjejas banjir di Kedah

634 penduduk terjejas banjir di Kedah

ANGGOTA bomba membantu penduduk sekitar Kampung Paya Nongmi keluar dari kawasan rumah mereka berikutan keadaan banjir yang semakin teruk di Changlun, Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 634 mangsa daripada 201 keluarga di negeri ini terjejas banjir yang melanda daerah Kubang Pasu dan Kulim, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, 371 mangsa daripada 110 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Kulim.

Sementara 263 mangsa daripada 91 keluarga pula di tiga daripada lima PPS yang dibuka di Kubang Pasu dengan dua PPS lagi masih dalam proses bancian.

Antara kampung terlibat di Kulim adalah  Kampung Sungai Seluang Atas dan Bawah, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 7¾ Padang Serai, Kampung Balik Bukit dan Kampung Naga Lilit.

Manakala kampung terlibat di Kubang Pasu adalah Kampung Nangmah, Kampung Masjid, Kampung Paya Nongmi, Kampung Paya Lantau dan Kampung Padang Pasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN