KUALA TERENGGANU: Dianggarkan sekitar 120 tan metrik sampah hanyut akan terdampar di sepanjang 244 kilometer (km) pantai di Terengganu pada musim tengkujuh kali ini. Sampah bawaan Monsun Timur Laut (MTL) seperti botol kaca dan plastik itu bukan sahaja datang dari negara ini malah turut melibatkan Vietnam, Thailand, Indonesia dan China. Unjuran itu dibuat Geng Plastik Ija (GPI), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat berkempen meningkatkan kesedaran kebersihan dan penjagaan…










