1,000 penduduk enam kampung derita jalan rosak

1,000 penduduk enam kampung derita jalan rosak

penduduk menunjukkan keadaan jalan rosak yang akibat kerja-kerja penanaman paip di Jalan Darat, Changlun. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Lebih 1,000 penduduk dari enam kampung sekitar Jalan Kampung Darat, Changlun di sini merayu agar pihak terlibat segera membaiki laluan tersebut yang rosak teruk sejak lebih setahun lalu.

Penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kubang Betong, Kampung Kangar, Kampung Padang, Kampung Padang Halba, Kampung Darat dan Kampung Belukar.

Mereka mendakwa, kerosakan laluan sepanjang tujuh kilometer yang menghubungkan Changlun dan Kuala Nerang di Padang Terap itu bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian malah mengancam nyawa penduduk.

Seorang wakil penduduk, Othman Ali, 67, berkata, kesabaran mereka bertahan dengan situasi itu memuncak selepas seorang penduduk patah kaki akibat motosikal ditunggangnya terjatuh dalam lopak di jalan tersebut.

“Takkan nak biar ada mangsa yang mati dulu baru nak baiki jalan ini. Kami tidak menolak pembangunan tetapi jalan yang rosak ini menjejaskan kehidupan penduduk kampung.

“Kerosakan jalan berpunca daripada kerja menaik taraf sistem paip air pada Jun tahun lepas menyebabkan permukaan jalan mendap, berlubang dan menjadi punca pelbagai kemalangan.

“Namun setelah projek ini selamat jalan tidak dibaiki cuma kerja-kerja menurap dijalankan apabila aduan dibuat, tapi hasilnya sangat mengecewakan seperti kucing ‘kambuih’ tahi saja,” katanya ketika ditemui di lokasi tersebut.

Katanya, aduan sudah dibuat kepada pihak terlibat namun jawapan diberikan mengecewakan.

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Ariffin, 61, berkata, sebelum kerja menanam paip dilakukan, jalan di kawasan itu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN