KOTA BHARU: Seramai 100 daripada 27,361 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dengan banjir selamat menduduki peperiksaan awam itu bermula hari ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, ia melibatkan calon dari daerah Kota Bharu, Tumpat dan Bachok. Katanya, daripada jumlah itu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat paling ramai terjejas melibatkan 56 calon. “Mereka sudah ditempatkan di asrama Sekolah Menengah…










