PETALING JAYA: Proses untuk mendapatkan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebenarnya adalah ketat dan rumit selain memakan masa. Ketua Komuniti Pelarian UNHCR di Malaysia, Rafik Ismail berkata, pelarian yang masuk ke negara ini tidak akan menerima kad UNHCR sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui prosedur penapisan menyeluruh sebelum status mereka disahkan. Katanya, setibanya mereka di sini, setiap individu perlu berdaftar di Pejabat UNHCR sebelum melalui sesi temu duga terperinci. “Temu…










