Zizi Kirana ditahan tentera Israel - Utusan Malaysia

Zizi Kirana ditahan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana dilaporkan telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel ketika berada dalam misi kemanusiaan di atas kapal Huga, yang merupakan sebahagian daripada konvoi Global Sumud Flotilla (GSF).

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi Sumud Nusantara Official, yang turut memuat naik sebuah video isyarat kecemasan dipercayai dirakam oleh Zizi sendiri.

“Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada unsur keganasan dan mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Zizi turut merayu kepada kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan segera.

“Saya merayu kepada kerajaan Malaysia, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembelaan segera tanpa sebarang syarat,” katanya.

Difahamkan, kapal Huga yang dinaiki Zizi merupakan salah satu daripada sekurang-kurangnya enam kapal GSF yang telah diceroboh dan dipintas oleh tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa.

Terdahulu, media melaporkan selain Zizi, lima lagi peserta misi kemanusiaan Global Sumud Frotilla dari Malaysia telah ditahan antaranya Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis dan Sul Aidil. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN