Zainal Rashid Ahmad, Ustaz Mad Kechik masih selamat, kekal menuju ke perairan Gaza

Zainal Rashid Ahmad, Ustaz Mad Kechik masih selamat, kekal menuju ke perairan Gaza

SIARAN CCTV memaparkan tentera Israel memintas kapal Oxygono pada 11.20 pagi (Waktu Malaysia) ditayangkan secara langsung di SNCC. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setakat ini, kapal yang dinaiki Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA dan Ustaz Mad Kechik masih belum ditahan oleh tentera Israel.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipaparkan di Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), ZRA dan Ustaz Mad Kechik yang menaiki kapal Fair Lady masih bergerak menuju ke pantai Gaza.

Namun, kapal itu kini bergerak pada kelajuan 2 knot dan masih berada pada zon merah 3 iaitu sekitar pukul 6.16 pagi waktu tempatan.

Visual pada CCTV turut memaparkan peserta di atas kapal itu dilihat sedang tidur, berehat dan meninjau pergerakan semasa misi itu.

Sementara itu, dua lagi kapal dinaiki rakyat Malaysia iaitu Inana dan Free Willy juga belum ditahan oleh tentera Israel di mana mereka kini berada di zon merah 2.

Kapal Free Willy dinaiki Muhammaad Hareez Adzromi, Dr Taufiq Mohd Razif dan Muhd Haikal Luqman Zulkefli manakala, Inana pula dinaiki Razali Awang.

Ketika berita ini ditulis sekitar pukul 11.22 pagi waktu Malaysia, sekumpulan tentera dilihat menyerbu kapal Oxygono berdasarkan visual CCTV terkini di SNCC.

Anggota tentera Zionis itu dilihat menaiki kapal berkenaan sebelum menahan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang berada di atas kapal berkenaan.

Beberapa minit kemudian, rakaman CCTV dan peralatan komunikasi di atas kapal itu diputuskan. Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di atas kapal Oxygono itu.

Setakat ini pukul 8.30 pagi tadi, 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF itu telah ditahan tentera Zionis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN