Yusuf Bahrin sediakan kejutan di rumah sambut Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Yusuf Bahrin sediakan kejutan di rumah sambut Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelakon,Yusuf Bahrin, dalam diam sudah menyiapkan hadiah istimewa bagi menyambut kepulangan isterinya, Zizi Kirana yang juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut Yusuf, kejutan istimewa itu sudah disiapkan di rumah bagi meraikan pengorbanan isteri dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

“Alhamdulillah saya sudah jumpa Zizi tadi. Saya kata jumpa di rumah nanti ada kejutan.

“Lepas ini terus balik rumah, Insya-Allah, apapun saya ucapkan terima kasih banyak buat mereka yang hadir beri sokongan pada malam ini,” katanya ringkas.

Yusuf ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Selasa.

Dalam pertemuan pada Selasa, Yusuf gembira melihat Zizi dan memeluknya ketika muncul di Balai Ketibaan sekitar pukul 11:30 malam tadi.

Terdahulu, 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi itu ditahan tentera Zionis ketika dalam perjalanan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Mereka dibebaskan selepas beberapa hari ditahan rejim Zionis sebelum diterbangkan ke Istanbul, Turkiye menaiki pesawat khas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN