MUAR:Yayasan Sultan Ibrahim sumbang bakul makanan kepada komuniti daerah Muar
Sebanyak 150 bakul makanan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan dan Sosial Orang Tamil Temiang, Muar dan 313 kepada Persatuan Veteran ATM (PVATM) cawangan Muar kelmarin (7 Oktober).
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Pengerusi Kebajikan dan Sosial Orang Tamil Temiang, Subramaniam Chami, dan Ketua PVTAM cawangan Muar, Shamsuddin Rais.

Anizam dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada veteran ATM yang telah mencurahkan bakti dan jasa kepada negara.
“Sumbangan ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan kami kepada veteran ATM yang berjuang demi negara tercinta semasa berkhidmat,” kata beliau.










