Wartawan hiburan, Deegun Rahman meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wartawan hiburan, Deegun Rahman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Utusan Malaysia, Deegun Rahman menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan adik iparnya, Farah yang dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Abang Deegun sudah tiada. Rakan serumahnya memaklumkan arwah mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia.

“Doktor mengesahkan arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar 10.30 malam tadi.

“Jenazahnya kini masih berada di kediamannya di Dengkil,” katanya.

Jenazah arwah akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN