PENGANUT agama Hindu tidak melepaskan peluang melakukan persiapan akhir dengan membeli-belah menjelang sambutan Hari Deepavali yang disambut pada 20 Oktober ini. Tinjauan di Bazar Little India, Johor Bahru semalam mula dipenuhi orang ramai sejak awal minggu ini yang mencari pelbagai keperluan seperti pakaian tradisional dan aksesori hiasan. Suasana di sekitar kawasan itu turut dihiasi warna-warni lampu dan kain sari yang menjadi simbol kemeriahan perayaan masyarakat India. Bazar itu sering menjadi…