MELAKA: Seorang lelaki warga Mesir yang juga suami kepada seorang cucu kerabat diraja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah, minggu lalu. Tertuduh, Hosam Mohamed Mahmoud Elsayed, 48, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid (THC) di tandas pejabat…