SEREMBAN: Golongan warga emas di negara ini dinasihatkan untuk kekal aktif dan menjaga kesihatan diri masing-masing ketika Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang tahun 2030. Trend penuaan di negara ini yang cenderung menjadikan jangka hayat rakyat Malaysia meningkat perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya golongan warga emas untuk sentiasa bergerak aktif. Tokoh Warga Emas Tahun 2025, Dr. Tee E Siong, 78, berkata, warga emas masih tetap perlu produktif…