ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh ketika memancing di Sungai Gadek berhampiran Balai Polis Gadek di sini, semalam. Mangsa, Otman Ahmad, 76, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 10.51 malam selepas hampir sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Ketua Zon 2 JBPM Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara…










