Verstappen belum berani ramal juara dunia

Verstappen belum berani ramal juara dunia

Max Verstappen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia empat kali, Max Verstappen menggelar sesiapa yang meramalkan dia bakal menjuarai kejuaraan dunia Formula Satu (F1) 2025 selepas Grand Prix (GP) Belanda sebagai ‘kurang bijak’.

Ketika itu, pelumba Red Bull tersebut ketinggalan 104 mata di belakang bintang McLaren, Oscar Piastri selepas menamatkan saingan di tempat kedua di Zandvoort hujung Ogos lalu.

Namun kebangkitan luar biasa Verstappen yang meraih tiga kemenangan dalam empat perlumbaan terakhir menyaksikan jurang itu kini tinggal 40 mata sahaja.

“Tidak, saya akan kata dia kurang bijak. Kami akhirnya jumpa cara terbaik dengan jentera ini. Kami tambah beberapa naik taraf.

“Namun, yang lebih penting kami faham di mana kereta ini perlu dipertingkat. Sekarang semuanya lebih jelas,” kata Verstappen.

Di Austin, Verstappen mengutip 23 mata daripada kelebihan Piastri apabila memenangi kedua-dua perlumbaan pecut dan GP.

Kemenangan itu membuka semula peluangnya untuk menyamai rekod lima kejuaraan dunia berturut-turut, malah dia mengakui peluang itu kini terbuka.

“Ya, sudah tentu peluang itu ada. Kami cuma perlu kekal konsisten hingga ke penghujung musim. Ia semakin menarik dan saya sangat teruja untuk terus berjuang,” katanya.

Sementara itu, Piastri yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas terbabit kemalangan dalam aksi pecut, tetap optimis dengan peluangnya.

“Saya masih lebih rela berada di kedudukan saya sekarang. Hujung minggu ini memang sukar, tapi saya percaya kami mampu bangkit di pusingan seterusnya,” kata Piastri. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN