SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberikan suntikan percuma vaksin influenza A kepada 12,500 pelajar di empat daerah berisiko tinggi melibatkan kos berjumlah RM1 juta. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pagi tadi berhubung penularan wabak tersebut, mutakhir ini. “Berkait tahap kesihatan pelajar yang mengalami risiko akibat penularan penyakit influenza A, kerajaan negeri memberikan suntikan percuma kepada pelajar di Hulu…