KUALA TERENGGANU: Sisa makanan yang sebelum ini dibuang kini diberi nafas baharu apabila ia diolah menjadi baja kompos berkualiti tinggi hasil kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu. Usaha tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan lambakan sisa buangan dapur hotel malah turut membuka ruang kepada penyelidik tempatan memperkasa inovasi hijau melalui teknologi pemprosesan bahan buangan makanan menjadi baja organik yang mesra alam. Naib Canselor UniSZA, Prof…