KLUANG: Bayi 14 bulan menghidap penyakit Biliary Atresia sejak dilahirkan beransur pulih setelah menjalani pembedahan pemindahan hati dengan ibunya di Hospital Renji di Shanghai, China pada 3 September lalu setelah mendapat perhatian rakyat Malaysia. Menurut ibu kepada Umar Al Mukhtar Muhammad, Nurhafizah Lokaman, 31, pemindahan yang menggunakan 30 peratus dari hatinya itu telah membolehkan anaknya menjalani kehidupan ceria seperti kanak-kanak lain berbanding sebelum pembedahan dilakukan. “Kini Umar akan menjalani pemeriksaan…