TVET diperuntukkan RM7.9 bilion

TVET diperuntukkan RM7.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) naik kepada RM7.9 bilion berbanding RM7.5 bilion, dalam usaha menyokong sektor berkeutamaan tinggi.  

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis TVET Negara menerima RM45 juta antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@ Komuniti.

“Institusi TVET Kementerian Pendidikan (KPM) disediakan RM1.3 bilion ringgit untuk mendidik 79,000 orang penuntut TVET. 

“HRD Corp dengan dana RM3 bilion menawarkan tiga juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.

“Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Program Akademi Dalam Industri melatih dan menyediakan peluang kerjaya bagi mengurangkan pekerja asing berkemahiran rendah dengan peruntukan RM34 juta. 

“GiatMARA menawarkan latihan kepada lebih 13,000 golongan tumpuan termasuk pekerja gig,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN