PETALING JAYA: Peruntukan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) naik kepada RM7.9 bilion berbanding RM7.5 bilion, dalam usaha menyokong sektor berkeutamaan tinggi. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis TVET Negara menerima RM45 juta antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@ Komuniti. “Institusi TVET Kementerian Pendidikan (KPM) disediakan RM1.3 bilion ringgit untuk mendidik 79,000 orang penuntut…