PETALING JAYA: Kerajaan menggariskan dua kategori peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara mulai tahun depan. Dalam dokumen ringkasan Belanjawan 2026 yang dikeluarkan semalam, dua kategori tersebut membabitkan peminjam yang mempunyai tunggakan PTPTN melebihi lima tahun dan berpendapatan lebih RM6,000 sebulan. Kategori kedua pula melibatkan peminjam yang bekerja di luar negara. Jumaat lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan,…