SEREMBAN: Sebuah struktur tugu yang didakwa menyerupai simbol Freemason di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng di sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Difahamkan, tugu berkenaan dibina kira-kira dua minggu lalu tanpa mendapat kebenaran Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk yang gusar dengan kewujudan tugu berkenaan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham. “Sebagai wakil rakyat kawasan, saya telah…










