KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi pujian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peranan membantu menyelesaikan konflik ketenteraan di sempadan Thailand dan Kemboja, baru-baru ini.
Trump memberi pujian kepada Anwar ketika beliau menaiki pesawat Boeing 747-200B menuju ke ibu negara, hari ini.
“Salah satu sebab saya mengunjungi Malaysia adalah kerana mereka sangat, sangat terlibat dalam keseluruhan perkara itu (rundingan damai Thailand dan Kemboja), Thailand dan semuanya.
“Saya beritahu pemimpin Malaysia (Anwar), beliau adalah seorang yang sangat baik. Saya kata, saya berhutang anda satu lawatan,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One, memetik laporan Bloomberg.
Terdahulu, Trump memberitahu akan menandatangani Perjanjian Damai yang berjaya diusahakannya antara Kemboja dan Thailand, sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.-UTUSAN










