Tolong jangan muat naik gambar sembarangan, tunggu Ardell balik - Nadzmi Adhwa - Utusan Malaysia

Tolong jangan muat naik gambar sembarangan, tunggu Ardell balik – Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tolong jangan keluarkan (muat naik) gambar yang bukan-bukan (sebarangan). Boleh tak kita tunggu Ardell balik? Tolong ya.”

Demikian kata pelakon, Nadzmi Adhwa yang meminta orang ramai untuk tidak berkongsi foto yang boleh mengundang fitnah mahupun mencetuskan salah faham terhadap isterinya, Ardell Aryana.

Tambah Nadzmi, dia berharap agar warganet dapat menghormati masa selain mendoakan keadaan isterinya yang masih menerima rawatan di sebuah hospital di Turkiye.

“Minta masa dan doa sahaja ya untuk isteri saya dan kesayangan kalian semua,” katanya dalam hantaran Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Hati Perempuan itu turut meluahkan rasa kagum terhadap keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat terhadap keadaan Ardell.

“Kalian sangat baik mendoakan dan ambil berat. Terima kasih untuk itu. Minta masa tahu,” ujarnya.

Sebelum ini, Ardell antara 23 aktivis GSF yang ditahan oleh rejim zionis dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital usai tiba di Istanbul.

Difahamkan, aktivis itu mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat ditumbuk dan tisu bahunya terkoyak akibat layanan kasar yang diterima sepanjang dalam tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF).

Kesemua aktivis yang ditahan dijangka pulang ke tanah air hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN