Tingkat rondaan di stesen minyak sempadan

Tingkat rondaan di stesen minyak sempadan

ANGGOTA penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan melakukan pemantauan di stesen-stesen minyak sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. –IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rondaan dan pemantauan di semua stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dipertingkat bagi memben­dung penyeludupan petrol tanpa subsidi ke negara jiran selepas kerajaan melaksanakan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95).

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, kawalan di sempadan turut diperketat bagi memastikan semua pengusaha stesen patuh kepada Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Walaupun harga tanpa subsidi, RON95, RON97 dan diesel adalah barang kawalan dan tertakluk bawah Akta Kawalan Bekalan, perbezaan harga masih lagi ketara untuk petrol di Malaysia iaitu RM2.60 dan RM5.69 di Thailand,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Azman berkata, mereka yang terlibat dengan kegiatan haram itu boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan tanpa dokuman yang sah.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, kumpulan penyeludup tetap memilih ‘menghantar’ RON95 tanpa subsidi ke Thailand dengan menggunakan pangkalan haram yang ada di sepanjang Sungai Golok di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubori mendapati, aktiviti tersebut masih berlaku walaupun sebelum ini penguat kuasa membuat rondaan rutin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN