Tiga feri Langkawi terbakar

Tiga feri Langkawi terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran tiga buah feri penumpang yang terbakar di sebuah dermaga di Langkawi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tiga buah feri penumpang yang sedang berlabuh di sebuah dermaga, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 pagi.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan tiga buah feri yang sedang marak membakar. Sebuah feri musnah 90 peratus, sebuah lagi hampir 70 peratus dan sebuah feri mengalami kemusnahan di bahagian kiri sebanyak 10 peratus,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau tiada mangsa terlibat dalam insiden itu selain sebuah lagi feri yang tidak terkena api sempat ditunda keluar dari dermaga tersebut.

Katanya, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan setakat pukul 8 pagi ini dan punca serta anggaran kerugian juga masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini