PETALING JAYA: Siasatan masih dijalankan polis berhubung kematian penuntut Universiti Malaya (UM), Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd. Ali yang dipercayai terjatuh di kolej kediamannya pada Jumaat lalu, memandangkan tiada saksi yang dikenal pasti melihat kejadian. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di bangunan empat tingkat berkenaan. “Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes ini, selain itu polis turut mendapati…










